About Me

Foto saya
Gombak, Selangor, Malaysia
adakalanya dalam hidup ini kita perlu menangis agar kita sedarhidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa.... dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata... kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari

09 Julai 2011

8 Cara Kekal Romantik

Orang kata, apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin meningkat, perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing semakin berkurangan. Malah apa yang dilalui hari-hari bersama pasangan hanyalah satu tanggungjawab dan rutin yang perlu dipenuhi.

Benarkah begitu? Di sini GUA ingin tekankan jangan mudah terkeliru dengan tanggapan sebegini. Tangapan sebegini sebenarnya lahir daripada mereka yang tidak jujur dengan perkahwinan sendiri.

Usia perkahwinan yang semakin bertambah bukanlah alasan untuk merenggangkan sesebuah perhubungan. Ini kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan agar sesebuah perkahwinan itu tetap harmoni dan penuh dengan perasaan cinta!

Di sini diperturunkan lapan cara yang boleh anda praktikkan untuk memastikan cinta anda dan pasangan tetap menyala. Pastinya bukan semua kaedah ini mampu memberikan hasil secara langsung kerana ia memerlukan masa dan perlu dijadikan amalan supaya hubungan kasih sesama pasangan terus terikat kukuh.

1. Sesekali masaklah makanan kesukaan pasangan anda, contohnya untuk minum petang. Lebih romantik apabila anda sajikan pada saat dia sedang mengerjakan hal-hal kecil di sekitar rumah. Walaupun cara ini kelihatan mudah, namun kesannya sangat positif. Pasangan akan lebih menghargai jika selera dan pakaiannya dijaga rapi oleh insan tercinta.

2. Berikan perhatian lebih kepada pasangan ketika dia jatuh sakit. Menemaninya di kamar tidur dan memenuhi apa sahaja kemahuannya merupakan satu terapi terbaik untuk si dia yang tidak sihat. Jangan sesekali beranggapan permintaannya itu sebagai mengada-ngada atau sekadar mahu menarik perhatian. Ini kerana pasangan yang kurang sihat lebih sensitif dan emosi mereka juga kurang stabil. Jadi, jalankanlah peranan anda sebagai seorang isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin.

3. Aktiviti memasak juga dipercayai mampu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. Apa kata anda pilih satu resepi kegemaran keluarga dan masak bersama-sama. Jangan lupa sediakan minuman kesukaan si dia dan putarkan muzik perlahan agar suasana menjadi lebih hangat dan romantik.

4. Setiap orang menyukai kejutan. Salah satu caranya adalah dengan mengirimkan emel atau SMS cinta untuk pasangan. Misalnya, SMS yang berbunyi "I love you" pada saat-saat yang tidak dijangkanya.

5. Anda seharusnya tahu akan kesukaan, minat atau hobi pasangan masing-masing. Untuk meningkatkan tahap romantik anda dan pasangan, apa kata anda cuba meminati hobinya. Tidak perlu memaksa diri, cukup sekadar memberikan sokongan serta prihatin apabila dia bercerita tentang hobinya kepada anda. Perhatian anda pastinya akan membuatkan hati si dia senang dan bertambah sayang kepada anda.

6. Sesekali tuliskan ayat-ayat cinta yang romantik di atas sekeping kad kecil dan lekatkannya di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan, contohnya di pintu peti sejuk. Kejutan sebegini pastinya akan membuatkan pasangan anda tersenyum dan tidak sabar untuk mendakap anda sebagai tanda terima kasih.

7. Lakukan aktiviti harian yang biasanya dilakukan oleh pasangan anda seperti menyapu sampah dan mengemas rumah. Si dia pastinya pelik dengan apa yang anda lakukan dan apabila si dia bertanya kepada anda mengapa, jawablah dengan penuh perasaan...“Because I love you..”

8. Jika selalunya anda yang menentukan tempat bercuti atau tempat untuk menjamu selera, apa kata sesekali anda beri peluang kepada pasangan untuk membuat pilihan. Sikap toleransi dan keterbukaan anda ini pastinya akan membuatkan si dia bertambah cinta kepada anda.

20 April 2011

cinTa seJati

Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal 
keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan

CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia 
sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya 
hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai 
oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta 
sejati.

1. Pilih pasangan yang sesuai

Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan 
rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman 
hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.

Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: Dapatkah aku mencintai dia dengan 
cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?? Jika tidak, buatlah 
keputusan untuk cari yang lain.

2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual 
akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3. Percaya akan kelemahannya

Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang 
diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, saya 
tidak melaksanakan komitmen dengan baik? percayalah dia.

Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ˜adakah dia sudah bersdia 
menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru 
mengingati aku.

4. Tutup mulut

Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. 

Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling 
merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada 
berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada 
awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali 
seminggu.

6. Jadi pemerhati

Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku 
dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang 
berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan 
sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta 
cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr . Right kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, 
tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah 
suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?

Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. 
Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan 
memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba

Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau 
seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama 
berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan 

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk 
memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri 
sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu 
kejutan terhadap dirinya